MINGGU INTEGRITI 2023

Penyediaan borang kaji selidik dan menghias sudut integriti sempena program Minggu Integriti yang berlangsung pada 18 September hingga 24 September 2023

Seluruh kakitangan menghadiri ceramah dan Majlis Pelancaran Minggu Integriti secara maya yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima DR. Joachim Gunsalam merangkap Timbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan

Pelaksanaan Sistem i-Adu yang melibatkan kakitangan dari bahagian kesihatan, penguatkuasa dan petadbiran ,pelaksanaan Sistem i-Adu ini dilakukan di tamu pekan Papar

Lawatan Amal Integriti di Kompleks Latihan & Pemulihan Orang Kurang Upaya Kimanis Papar yang disertai oleh kakitangan dari bahagian pentadbiran , penguatkuasa, pembangunan ,kewangan , kesihatan dan perkhidmatan bandar sempena program minggu Integriti Majlis Daerah Papar .

Program Fit Integriti yang diadakan di Pantai Manis Papar, disertai oleh semua kakitangan Majlis Daerah Papar .Aktiviti sepanjang Fit Integriti tersebut adalah karaoke dan pelbagai acara sukaneka .Pengisian aktiviti-aktiviti seperti ini dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain serta memupuk sikap kerjasama bagi setiap individu .